"Menjunjung Kasih Tuanku"
Tanggal 17 Julai 2012, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong telah berkenan mengisytiharkan Tauliah kepada lebih 1000 orang
penuntut IPTA di seluruh Malaysia. Dengan itu, seramai 1000 lebih
penuntut IPTA telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam
Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia.
Justeru
itu, Presiden PBSKN, Leftenan Muda Mohd Firdaus B. Abd Rishah dengan
rasa rendah diri "Menjunjung Kasih Tuanku" di atas kesudian Tuanku
menyempurnakan watikah perlantikan kepadanya. Dengan lafaz ikrar sebagai
pegawai tentera adalah diharapkan semua Leftenan Muda yang baru
ditauliahkan ini akan terus memperjuangkan kedaulatan negara dengan
sebaik yang mungkin.
Lt.Muda Mohd Firdaus B. Abd Rishah sedang bergambar bersama keluarga tercinta. |
Disamping
itu, penglibatan ketenteraan oleh golongan muda adalah sangat
diperlukan dengan melihat situasi pergolakan dunia yang sedang berlaku
sekarang perlu difikirkan bersama. Oleh itu, golongan muda mesti
berwawasan tinggi demi memartabatkan kembali Negara Malaysia umumnya.
No comments:
Post a Comment