Oleh : Nafishah
Kepentingan
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.
............Menjelang tahun 2003,
bahasa Inggeris telah
mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan
apabila
bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains
dan
matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat yang
dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa
tahun
kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah
menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik. Biarpun
program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan
melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi
pelbagai
kebaikan.
............Antara faedah menguasai
bahasa Inggeris dalam
pendidikan adalah bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang
kebanyakannya bersumberkan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya,
memandangkan
beberapa mata pelajaran penting seperti sains, matematik, teknologi
maklumat
dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar
menguasai
bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang
disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, “kalau tidak dipecahkan
ruyung, masakan dapat sagunya”. Begitulah juga halnya, jika penggunaan
bahasa
Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan
ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa
Inggeris
adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar dapat memperoleh ilmu
npengetahuan
yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran berbahasa
Inggeris.
............Selain itu, bahasa
Inggeris juga penting dalam
pendidikan di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin
melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Penguasaan
bahasa
inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang
dapat
berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia.
Sebagai
contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang
individu
ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara.
Kegagalan
berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan
menjejaskan
pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya,
pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan
individu yang
“berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di
seluruh
dunia.
............Penggunaan bahasa
Inggeris dalam pendidikan
juga penting kerana dengan penguasaan bahasa tersebut para pelajar yang
mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima
sebagai
bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Jika seseorang
pelajar
dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai
contohnya,
institusi pendidikan swasta seperti kebanyakan institusi pendidikan
swasta di
negara kita juga telah mengimplementasi penggunaan bahasa inggeris
sebagai
bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh
yang
demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pendidikan tinggi perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan
baik.
............Pada masa yang sama,
penggunaan bahasa
Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi tujuan mendapatkan
pekerjaan
pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk
mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa
termasuklah
berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang
telekomunikasi,
penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan
bahasa
Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahir berbahasa
Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang
kurang
menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa
Inggeris
lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya
menawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat
penting
dipelajari di sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina
kerjaya
pada masa yang akan datang.
Sementara itu, kemajuan
ekonomi negara yang
telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan
penduduk yang
mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka
dari
seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan
masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.
Sebagai
contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang
teknologi
memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang
gagal
menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat
mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia
pada
peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah
berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat
global
suatu hari nanti.
Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang
yang
dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut
peluang
yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat
antara
bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris
ini
digunakan oleh masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia
sebagai
bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan
martabatnya.
Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita
mengagungkan
bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran”.
..