Friday, November 26, 2010

SUKAN FUTSAL MAKIN DI MINATI REMAJA




Dari Meja Presiden

24 NOV 2010,Bukit Gedong,Kuala Nerang- Melihat penglibatan hampir 200 orang belia di sekitar Padang Terap dalam Kejohanan Futsal  Peringkat Padang Terap baru-baru ini membuktikan bahawa Sukan Futsal mampu menarik minat anak muda untuk bersukan dan sekaligus mengamalkan budaya hidup sihat.

Selain itu, dengan adanya sukan sebegini PBSKN dapat bersama2 dengan para belia dan menerangkan mengenai fokus utama dalam gerak kerja PBSKN.Oleh itu,anak muda perlu menyeimbangkan aspek fizikal dan rohani. Justeru itu, sukan sebegini dapat membina kekuatan fizikal dalam diri sendiri disamping mencari sahabat yang baru.



Disamping itu, PBSKN akan terus konsisten dari masa ke masa untuk menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang menarik untuk golongan belia. Di sini saya ingin tegaskan bahawa aktiviti PBSKN bukanlah sekadar aktiviti untuk memenuhkan kalendar persatuan tetapi aktiviti yang PBSKN anjurkan hanya bertujuan untuk memupuk nilai2 Islam dalam diri anak-anak muda sekarang.

Tuesday, November 2, 2010

Langkah Mengawal Kedatangan Pendatang Asing


Oleh : Hafizi

Salah satu langkah utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada buruh asing. Bilangan mereka yang semakin besar kini menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan. Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Kita bukannya tidak mengenang jasa dan sumbangan tenaga kerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan serta beberapa sektor perkhidmatan yang lain. 

Sebaliknya, mereka juga harus memahami bahawa inilah strategi yang terpaksa dilaksanakan supaya selari dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengawal kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah,  mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Malah melalui dasar kerajaan yang kini tidak membenarkan lagi anak-anak pekerja asing bersekolah di sekolah kerajaan mungkin dapat menyedarkan pendatang asing bahawa masa sudah tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara ini sahaja. 

Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...