Friday, November 26, 2010

SUKAN FUTSAL MAKIN DI MINATI REMAJA




Dari Meja Presiden

24 NOV 2010,Bukit Gedong,Kuala Nerang- Melihat penglibatan hampir 200 orang belia di sekitar Padang Terap dalam Kejohanan Futsal  Peringkat Padang Terap baru-baru ini membuktikan bahawa Sukan Futsal mampu menarik minat anak muda untuk bersukan dan sekaligus mengamalkan budaya hidup sihat.

Selain itu, dengan adanya sukan sebegini PBSKN dapat bersama2 dengan para belia dan menerangkan mengenai fokus utama dalam gerak kerja PBSKN.Oleh itu,anak muda perlu menyeimbangkan aspek fizikal dan rohani. Justeru itu, sukan sebegini dapat membina kekuatan fizikal dalam diri sendiri disamping mencari sahabat yang baru.



Disamping itu, PBSKN akan terus konsisten dari masa ke masa untuk menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang menarik untuk golongan belia. Di sini saya ingin tegaskan bahawa aktiviti PBSKN bukanlah sekadar aktiviti untuk memenuhkan kalendar persatuan tetapi aktiviti yang PBSKN anjurkan hanya bertujuan untuk memupuk nilai2 Islam dalam diri anak-anak muda sekarang.

Tuesday, November 2, 2010

Langkah Mengawal Kedatangan Pendatang Asing


Oleh : Hafizi

Salah satu langkah utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada buruh asing. Bilangan mereka yang semakin besar kini menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan. Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Kita bukannya tidak mengenang jasa dan sumbangan tenaga kerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan serta beberapa sektor perkhidmatan yang lain. 

Sebaliknya, mereka juga harus memahami bahawa inilah strategi yang terpaksa dilaksanakan supaya selari dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengawal kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah,  mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Malah melalui dasar kerajaan yang kini tidak membenarkan lagi anak-anak pekerja asing bersekolah di sekolah kerajaan mungkin dapat menyedarkan pendatang asing bahawa masa sudah tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara ini sahaja. 

Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
 

Thursday, January 14, 2010

MUSTAJABNYA DOA IBU


 
Dari Meja Presiden

Doa seorang ibu sungguh mustajab. Balk doa kebaikan ataupun doa buruk. Rosululloh pernah menyampaikan suatu kisah menarik berkaitan dengan doa ibu. 5uatu kisah nyata yang terjadi pada masa sebelum Rosululloh yang patut diambil sebagai ibroh bagi orang-orang yang beriman.

Dahulu, ada tiga orang bayi yang bisa berbicara. Salah satunya adalah seorang bayi yang hidup pada masa Juraij. Juraij adalah seorang ahli ibadah, dia memiliki sebuah tempat ibadah yang sekaligus jadi tempat tinggalnya.

Suatu ketika Juraij sedang melaksanakan sholat, tiba-tiba ibunya datang memanggilnya: “Wahai Juraij”. Dalam hatinya, Juraij bergumam: “Wahai Robbku, apakah yang harus aku dahulukan… meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?!”.

Dalam kebimbangan, dia tetap meneruskan sholatnya. Akhirnya sang ibu pulang. Esok harinya, sang ibu datang lagi dan memanggil: “Wahai Juraij!”. Juraij yang saat itu pun sedang sholat bergumam dalam hatinya: “Wahai Robbku, apakah aku harus meneruskan sholatku… Ataukah (memenuhi) panggilan ibuku?l”. Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.

Sang ibu kembali pulang untuk-kedua kalinya. Ketiga kalinya, ibunya datang lagi seraya memanggil: “Wahai Juraij!”. Lagi-lagi Juraij sedang menjalankan sholat. Dalam hatinya, ia bergumam: “Wahai Robbku, haruskah aku memilih meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?I”. Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.

Akhirnya, dengan kecewa setelah tiga kali panggilannya tidak mendapat sahutan Bari anaknya, sang ibu berdoa: “Ya Alloh,janganlah engkau matikan Juraij hingga dia melihat wajah wanita pelacur”.

Orang-orang Dani Israil (ketika itu) sering menyebut-nyebut mama Juraij serta ketekunan ibadahnya, sehingga ada seorang wanita pelacur berparas cantik jelita mengatakan: Jika kalian mau, aku akan menggodanya (Juraij).

Wanita pelacur itupun kemudian merayu dan mengwarkan diri kepada Juraij. Tetapi sedikitpun Juraij tak memperdulikannya. Namun apa yang kemudian dilakukan oleh wanita itu? Ia mendatangi seseorang yang tengah menggembala di sekitar tempat ibadah Juraij.

Lalu demi terlaksananya tipu muslihat, wanitu itu kemudian merayunya. Maka terjadilah perzinaan antara dia dengan penggembala itu. Hingga akhirnya wanita itu hamil.

Dan manakala bayinya telah lahir, dia membuat pengakuan palsu dengan berkata kepada orang-orang: “Bayi ini adalah anak Juraij.” Mendengar hal itu, masyarakat percaya dan beramai-ramai mendatangi tempat ibadah Juraij, memaksanya turun, merusak tempat ibadahnya dan memukulinya.

Juraij yang tidak tahu masalahnya bertanya dengan heran: “Ada apa dengan kalian?”. “Kamu telah berzina dengan wanita pelacur lalu dia sekarang melahirkan anakmu”, jawab mereka.

Maka, tahulah Juraij bahwa ini adalah makar wanita Iacur itu. Lantas bertanya: “Dimana bayinya?”. Merekapun membawa bayinya. Juraij berkata: “Biarkan saya melakukan sholat dulu”, kemudian dia berdiri sholat.

5eusai menunaikan sholat, dia menghampiri si bayi lalu mencubit perutnya seraya bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayahmu?” Si bayi menjawab: “Ayahku adalah si fulan, seorang penggembala”.

Akhirnya, masyarakat bergegas menghampiri Juraij, mencium dan mengusapnya. Mereka minta maaf can berkata: “Kami akan membangun tempat ibadahmu dari emas”. Juraij mengatakan: “Tidak, bangun saja seperti semula yaitu dari tanah Hat”. Lalu merekapun mengerjakannya.

Hikmah yang bisa dipetik dari kisah ini

Di antara hikmah 1 yang bisa dipetik dari sini adalah:

  1. Menetapkan adanya mu’jizat bagi para Nabi dan karomah bagi para wali Alloh.

  2. Wajibnya mendahulukan birrul walidain daripada perkara-perkara sunnah, seperti sholat (sunnah) dan sejenisnya.

  3. Keutamaan ilmu daripada ibadah. Juraij adalah seorang ahli ibadah tetapi bukan ahli ilmu. Seandainya dia berilmu, niscaya dia akan mendahulukan panggilan ibunya daripada ibadah sunnahnya.

  4. Doa ibu adalah mustajab (terkabulkan).

  5. Fitnah terbesar yang menimpa suatu umat adalah fitnah wanita.

  6. Fitnah tidaklah membahayakan bagi orang yang beriman.

  7. Apapun problematika yang menimpa, solusinya adalah memohon pertolongan kepada Alloh saja dengan sholat dan doa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...