Saturday, June 9, 2012

PERKHIDMATAN JALUR LEBAR TANPA WAYAR @ WIFI PERCUMA


  Dari Meja Presiden

TAHNIAH kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberi perkhidmatan WIFI @ JALUR LEBAR : KAMPUNG TANPA WAYAR yang percuma kepada penduduk Padang Terap.
Walaubagaimanapun, artikel kali ini hanya ingin mencanang sedikit permaslahan yang berlaku di beberapa kampung yang mempunyai WIFI sebegini.

Bagi pendapat saya, perkhidmatan WIFI ini haruslah sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan kerana saya dapati gelombang WIFI tidaklah begitu laju dan sukar di akses. Sekiranya perkhidmatan WIFI sebegini sukar di akses , penduduk kampung khususnya remaja yang memerlukan internet untuk belajar,bersosial,mencari perkerjaan dan sebagainya sukar untuk mendapatkan maklumat yang terkini melalui internet.


Justeru itu, PBSKN menyeru pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini berusaha untuk menyediakan kualiti perkhidmatan WIFI PERCUMA secara lebih sempurna dan memuaskan masyarakat. Meskipun percuma tetapi perkhidmatan tersebut tetap dibayar dan ditaja oleh Kerajaan Malaysia.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...